Baja : Perapi tanah eMas Chelleng

 Assalamualaikum semua,

Dari entri lepas - https://uphamsafar.blogspot.com/2020/08/berjangkit.html, aku ada bercerita pasal abang sepupu aku dan perapi tanah yang dia hasilkan. 

Semalam dia ada "whatsapp" aku dengan memberi lampu hijau untuk mengiklankan produk tersebut - dengan gaya seorang lelaki budiman yang semulajadi, aku menjadi agent jualan kepada beliau. Baja atau perapi tersebut dinamakan sebagai Perapi Tanah eMas Chelleng. Mmm... chelleng yang aku tahu dalam bahasa phebian bermaksud hitam - waa... ada elemen-elemen bawean dalam nama produk. Boyanese foreva!!!


"kalau free.. perapi tanah dah ada stok sekarang"


"gerakkan sebagai agent jualan ye."


Lantas aku "study" penerangan yang abang sepupu aku kongsikan, malam tu juga aku share di status whatsapps,facebook dan instagram.


Perapi Tanah eMas Chelleng 


Kandungan produk ini adalah daripada Tinja Ayam, Serkam padi, Kokopit, Molases dan Kapur - 100% organik dan patuhi syariah. Cara penggunaan adalah 1:1 bermaksud 1bag PTeMC dan dicampurkan bersama 1bag tanah. PTeMC bukan tanah bakar dan bukan juga tanah campuran ye. Sebab itulah ia sesuai untuk dicampur dengan tanah bagi mengembalikan kesuburan tanah, memulihkan struktur tanah dan mencantikkan semula tanaman. Ia sesuai untuk semua jenis tanaman.

Boleh rujuk pada https://uphamsafar.blogspot.com/2020/08/benda-baru-ii.html. Masa ni aku cuba dan ralat. Ada yang aku campur dengan kokopit, tanah organik dan ada juga aku gunakan 100% PTeMC. Alhamdulilah semua subur. Nanti aku kongsikan yang aku guna pada Pokok Daun Kunyit, Nenas dan Pokok Cili Padi.



Jika berminat untuk mencuba PTeMC boleh menghubungi saya selaku agent jualan,
ditalian 019-6411986. Untuk yang jauh boleh menggunakan perkhidmatan pos seperti biasa. Whatsapp la ye... nanti boleh kita borak. Terima kasih.



Sedikit pengkongsian gambar bersama pembeli yang manis-manis belaka. Terima kasih kerana menyokong kami!!








Catatan : Road to PX200




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Berjangkit

Kepingan Besi Ajaib