Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Pak Putra Restaurant

Imej
"Karang balik terus pi Pak Putra" pesanan teks daripada kakak. Masa ni, aku baru selesai menghabiskan sarapan pagi bersama sahabat aku - Musa a.k.a Bai (manusia bersuara lantang). Kebiasaannya bila jumpa, kami akan berkongsi tentang strategi - strategi yang akan dilakukan pada masa akan datang, tapi kali ini,terhenti - meja yang kami duduk disertai oleh orang lain (kawan pejabat Musa). Bukan tidak suka tapi strategi kami terlalu privasi - umpama strategi perang. Aku terus mancapai telefon bimbit - membiarkan mereka membincangkan tentang kiraan kolestrol didalam makanan dan hal-hal kerja meraka. "Kalau nak mampus-mampus jugak bang" Musa menjawab agak dingin - mungkin ada yang dia tidak setuju dengan perbualan mereka. Aku cuma tersenyum. Aku membalas semua pesanan teks kakak aku dan memahami semua rancangannya didalam "group Whatapps" - kami bertiga. Pak Putra Restaurant ( North Indian & Pakistan Cuisine) Seperti yang dijanjikan, k

Nasi Beriani Daging ke Ayam?

Imej
Nasi beriani daging ke ayam?  Soalan yang diulang semasa dalam perjalanan ke Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, lokasinya di Padang Temu, Taman Pertam Jaya, Untuk makluman korang, jarak antara restoran ini dan Pangsapuri Pertam Jaya Idaman tidak lebih 1KM tau. Sangat dekat - jalan kaki pun - tak sempat penat. Tapi untuk aku, aku pilih menaiki kenderaan la. Jimat kolestrol.  Seingat saya, Restoran Nasi Beriani Haji Tamby ini telah beroperasi lebih dari 25 tahun kerana masa saya sekolah rendah setiap minggu ibu dan ayah akan bawa kami dua beradik bersarapan disini. Nasi Beriani Haji Tamby Gambar : Bunting Restoran Nasi Beriani Haji Tamby -  rasa itu gambar pemilik restoran la kan? Masa kami sampai - antara jam 2:30 hingga 3:00 petang, masa itu restoran sedang dipenuhi pelanggan. Hampir 10 minit juga kami tunggu untuk diambil pesanan. Berkat kesabaran akhirnya pesanan kami diambil oleh pemilik restoran ini (ikut gambar bunting), sungguh sopan dan manis dengan senyuman

Restoran Maju Enterprise Dawood

Imej
  Restoran Dawood Ini adalah salah satu tempat makan yang selalu aku bersama keluarga bersarapan / makan malam - Restoran Maju Enterprise Dawood - Restoran India Muslim, lokasinya di jalan Hang tuah, Melaka. Tenang, selesa dan mudah untuk menjamu selera selepas menemani emak di pasar.  Gambar : Emak di Pasar Besar, Bachang, Melaka Selain makanan yang telah dipikirkan sebelum tidur malam sebelumnya - Roti Canai, Capati, Mee Goreng - kebiasanya akan dicari pada waktu pagi. Semua makanan yang dijual di sini rasanya mesra dengan tekak kami terutamanya emak aku. Bagi aku rasa untuk sesuatu makanan jatuh pada tempat ke-2 dan yang penting tempat makan perlu tenang, selesa dan mudah diutamakan, Keutamaan yang dipecah 3 ini - perasaan tenang itulah yang menduduki tangga yang pertama kerana "Tenang Is Good", hahahhaa - bukan itu yang aku maksudkan - tenang dari ramai orang atau banyak pergerakkan di sesuatu tempat.  Gambar : Selamat menjamu selera untuk setia

Manisan kekal

Atas kuasa kegembiraan serta cahaya-cahaya keterujaan dan hadirnya pari-pari kertas ajaib, kami selamat sampai  di sini - terus melengkapi senarai pendek yang diberikan oleh potre yang pertama iaitu mandi kolam.  Ini adalah cebisan dari rancangan utama kami dan satu-satunya benda yang super duper seronok dan cool dapat dipikirkan semasa di sana.  Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya Oleh kerana aku ni bukanlah macam akak aku dan sahabat aku (manusia bersuara besar) pikirkan ayat untuk tulis dalam nie pun ambil masa yang lama - masa ni dapat wassap tentang lagu ni  https://www.youtube.com/watch?v=PNSxbTSlXls   (layan la dulu lagu nie, ada pesanan yang baik dalam lagu ni ) Manisan yang besar - bekas yang kecil Rancangan utama kami adalah ke Bandar Baru Bangi, sambutan hari lahir Amanda yang berlangsung di Aisha Kidz Planet, Bandar Baru Bangi, Selangor. Ini adalah muka-muka dari keluarga kami yang kecil. Semoga keakraban yang terjalin berkekalan h