Restoran Maju Enterprise Dawood

 Restoran Dawood

Ini adalah salah satu tempat makan yang selalu aku bersama keluarga bersarapan / makan malam - Restoran Maju Enterprise Dawood - Restoran India Muslim, lokasinya di jalan Hang tuah, Melaka. Tenang, selesa dan mudah untuk menjamu selera selepas menemani emak di pasar. 

Gambar : Emak di Pasar Besar, Bachang, Melaka

Selain makanan yang telah dipikirkan sebelum tidur malam sebelumnya - Roti Canai, Capati, Mee Goreng - kebiasanya akan dicari pada waktu pagi. Semua makanan yang dijual di sini rasanya mesra dengan tekak kami terutamanya emak aku. Bagi aku rasa untuk sesuatu makanan jatuh pada tempat ke-2 dan yang penting tempat makan perlu tenang, selesa dan mudah diutamakan, Keutamaan yang dipecah 3 ini - perasaan tenang itulah yang menduduki tangga yang pertama kerana "Tenang Is Good", hahahhaa - bukan itu yang aku maksudkan - tenang dari ramai orang atau banyak pergerakkan di sesuatu tempat.

 Gambar : Selamat menjamu selera untuk setiap minggu dan minggu akan datang

Seingat aku restoran ini telah beroperasi lebih 15 tahun. Masa dulu, lepas SPM - masa kolej - masa mula bekerja - masa bujang - masa beristeri hingga sekarang masa anak-3 akan makan/lepak disini, lokasi lama di belakang hospital Putra, Melaka. 


Menu kegemaran kami disini:

Sup Kambing, Mee Goreng, Nasi Goreng, Capati, Roti Nan Cheese & Ayam Tandori, Nasi Briyani, Kari Kambing, Roti Canai dan Roti Telur.

- Korang boleh cuba di sini - Nyaman


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Berjangkit