Catatan

Napi Masak Asam - Pasar Besar Bachang

Imej
Macam bulan-bulan sebelumnya dan macam bulan-bulan yang akan datang, dalam sebulan mesti ada 2 atau 3 kali ke pasar, menemani mak aku untuk membeli barangan dapur - Pasar Besar Bachang, berhadapan Kipmart Bachang, dulunya Pasar Besar ini lokasinya di Melaka Sentral tapi diarahkan berpindah ke sini, katanya untuk memberi laluan kerja baikpulih dan naik taraf bangunan yang mengalami kerosakan.
Gambar : Mak bersama ikan-ikan kesayangannya
Selain perasaan cemas semasa mencari parking kerana hendak bergegas mencari bilik air - (perut ni salu bikin hal masa-masa pagi tau) - sarapan dengan makanan yang dijual disini juga boleh tahan menyelerakan. Banyak kedai makanan. Ikut tekak masing-masing - senyum dan duduk saja di depan kedai yang anda suka. Yang famesnya di sini adalah Nasi Gunting. tapi untuk aku, mmmm - masih belum mahu cuba pula.
Gambar : keadaan di tempat makan Pasar Besar Bachang, Melaka
Aku? aku pilih kedai ini - mesti singgah bila aku ke pasar bersama mak - NAPI MASAK ASAM. Nasi Le…

Melaka River Fun Run 2019

Imej
Assalamualaikum kepada semua orang Melaka dan peminat Fun Run!!!

Jom sertai beramai-ramai Melaka River Fun Run 2019 anjuranPejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat) Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada 23 November 2019, bermula pada jam 7:00 pagi di Wisma SMV, Melaka Sentral@Sungai Melaka. 
Hanya 500 peserta sahaja diperlukan. Jarak larian 5km dan yuran pendaftaran RM50 dan RM30(pelajar). Peserta akan mendapat:
Baju Bib Number Medal Air Mineral Goodies Beg Cabutan Bertuah
Run kit boleh diambil pada 22 November 2019 (Jumaat) jam 10:00pagi hingga 5:00 petang di Taman Rempah Melaka (Jetty River Cruise)


Tarikh tutup penyertaan : 4 November 2019 


Daftar pada link ini : https://forms.gle/xiuocAD6sw6cYpDv7

Kepingan Besi Ajaib

Imej
September - iaitu bulan yang telah dipilih oleh "penjaga" untuk menyerahkan kesemua kepingan besi ajaib kepada pemilik-pemiliknya. Pemilik yang telah dipilih sejak azali lagi - besi yang ditempa khas dari si tukang besi yang berkulit kuning bersisik, berdahi luas, bertocang panjang dibelakang dan bermuka bengis (ibarat seekor naga yang sedang menghembuskan kepulan asap hitam dari hidungnya atau seekor nyamuk raksasa yang bersedia untuk menghisap darah manusia).

Kepingan-kepingan besi itu ditiup dengan semangat-semangat yang akan mewujudkan 1001 cerita dalam kehidupan pemilik-pemiliknya pada masa akan datang. Inilah kepingan-kepingan besi ajaib yang telah sekian lama dinanti-nantikan oleh manusia dibumi - membolehkan membuka sebuah pintu istana comel di bumi, istana comel yang tidak bersentuhan dengan tanah.


Di Bumi Bunyi cicipan-cicipan burung berdansa bersama cahaya kegembiraan jelas terpancar dari setiap pemilik istana comel ini - ibarat terbitnya matahari pada waktu pagi sem…

Pak Putra Restaurant

Imej
"Karang balik terus pi Pak Putra" pesanan teks daripada kakak.
Masa ni, aku baru selesai menghabiskan sarapan pagi bersama sahabat aku - Musa a.k.a Bai (manusia bersuara lantang). Kebiasaannya bila jumpa, kami akan berkongsi tentang strategi - strategi yang akan dilakukan pada masa akan datang, tapi kali ini,terhenti - meja yang kami duduk disertai oleh orang lain (kawan pejabat Musa). Bukan tidak suka tapi strategi kami terlalu privasi - umpama strategi perang. Aku terus mancapai telefon bimbit - membiarkan mereka membincangkan tentang kiraan kolestrol didalam makanan dan hal-hal kerja meraka.
"Kalau nak mampus-mampus jugak bang" Musa menjawab agak dingin - mungkin ada yang dia tidak setuju dengan perbualan mereka. Aku cuma tersenyum.
Aku membalas semua pesanan teks kakak aku dan memahami semua rancangannya didalam "group Whatapps" - kami bertiga.
Pak Putra Restaurant ( North Indian & Pakistan Cuisine)Seperti yang dijanjikan, kami berjumpa pada jam 8:00 …

Nasi Beriani Daging ke Ayam?

Imej
Nasi beriani daging ke ayam?  Soalan yang diulang semasa dalam perjalanan ke Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, lokasinya di Padang Temu, Taman Pertam Jaya, Untuk makluman korang, jarak antara restoran ini dan Pangsapuri Pertam Jaya Idaman tidak lebih 1KM tau. Sangat dekat - jalan kaki pun - tak sempat penat. Tapi untuk aku, aku pilih menaiki kenderaan la. Jimat kolestrol. 
Seingat saya, Restoran Nasi Beriani Haji Tamby ini telah beroperasi lebih dari 25 tahun kerana masa saya sekolah rendah setiap minggu ibu dan ayah akan bawa kami dua beradik bersarapan disini.
Nasi Beriani Haji Tamby Gambar : Bunting Restoran Nasi Beriani Haji Tamby -  rasa itu gambar pemilik restoran la kan?
Masa kami sampai - antara jam 2:30 hingga 3:00 petang, masa itu restoran sedang dipenuhi pelanggan. Hampir 10 minit juga kami tunggu untuk diambil pesanan. Berkat kesabaran akhirnya pesanan kami diambil oleh pemilik restoran ini (ikut gambar bunting), sungguh sopan dan manis dengan senyuman walaupun nampak riak waja…

Restoran Maju Enterprise Dawood

Imej
Restoran Dawood
Ini adalah salah satu tempat makan yang selalu aku bersama keluarga bersarapan / makan malam - Restoran Maju Enterprise Dawood - Restoran India Muslim, lokasinya di jalan Hang tuah, Melaka. Tenang, selesa dan mudah untuk menjamu selera selepas menemani emak di pasar. 
Gambar : Emak di Pasar Besar, Bachang, Melaka
Selain makanan yang telah dipikirkan sebelum tidur malam sebelumnya - Roti Canai, Capati, Mee Goreng - kebiasanya akan dicari pada waktu pagi. Semua makanan yang dijual di sini rasanya mesra dengan tekak kami terutamanya emak aku. Bagi aku rasa untuk sesuatu makanan jatuh pada tempat ke-2 dan yang penting tempat makan perlu tenang, selesa dan mudah diutamakan, Keutamaan yang dipecah 3 ini - perasaan tenang itulah yang menduduki tangga yang pertama kerana "Tenang Is Good", hahahhaa - bukan itu yang aku maksudkan - tenang dari ramai orang atau banyak pergerakkan di sesuatu tempat.
 Gambar : Selamat menjamu selera untuk setiap minggu dan minggu akan datang
S…

Manisan kekal

Atas kuasa kegembiraan serta cahaya-cahaya keterujaan dan hadirnya pari-pari kertas ajaib, kami selamat sampai di sini - terus melengkapi senarai pendek yang diberikan oleh potre yang pertama iaitu mandi kolam. 
Ini adalah cebisan dari rancangan utama kami dan satu-satunya benda yang super duper seronok dan cool dapat dipikirkan semasa di sana. 



Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya


Oleh kerana aku ni bukanlah macam akak aku dan sahabat aku (manusia bersuara besar) pikirkan ayat untuk tulis dalam nie pun ambil masa yang lama - masa ni dapat wassap tentang lagu ni https://www.youtube.com/watch?v=PNSxbTSlXls  (layan la dulu lagu nie, ada pesanan yang baik dalam lagu ni )

Manisan yang besar - bekas yang kecil

Rancangan utama kami adalah ke Bandar Baru Bangi, sambutan hari lahir Amanda yang berlangsung di Aisha Kidz Planet, Bandar Baru Bangi, Selangor. Ini adalah muka-muka dari keluarga kami yang kecil. Semoga keakraban yang terjalin berkekalan hingga ke generasi akan datang. 





S…