Benda baru

Assalamualaikum semua,

Nak cita sikit masa tempoh PKP - PKPB dan sekarang PKPP, macam - macam juga aktiviti dilakukan untuk hilangkan bosan. Yang utamanya, kerja pembersihan kawasan rumah. Memang tu je la tugasan yang perlu dilaksanakan. ha, ke pasar - ke jusco - ke sana - ke sini - beli barang keperluan sampai terbeli salah barang... eh! macam-macam la hal kalau pegi beli barang sorang-sorang ni - pegi pasar beli barang pun salah - sekali barang sama juga aku beli, memang suspen je la masuk rumah masa tu. 

Masa tempoh Perintah Kawalan tempoh hari, dapat juga la mengecat rumah, walaupun sama - separuh jalan. Dulu sampai ke sekarang, kalau mengecat mesti separuh jalan, tapi yang penting, rumah tak urban ke modern ke hipster ke - tak nampak daun kering bersepah pun da nampak kemas untuk aku, ok la tu kan. Untuk mata sendiri, sedap mata sendiri memandang, Tak ada la nak menyibuk perhatikan rumah orang lain pula. Kah! - Daun kering dapat dibersihkan, hari - hari syok bakar daun kering, sampai aku rasa jiran - jiran bengang je disebabkan asap tu. Tapi tak pe korang nak mara ke apa yang penting nyamuk kat rumah korang aku da halaukan. Tanah belakang pun dapat kemas. Smart la sikit permandangan. Dapat duduk belakang rumah dengan permandangan hijau sambil menghirup kopi panas, syiok woo - kira macam terapi jiwa juga la kan untuk orang yang suka duduk rumah macam aku ni.



Tapi masa bersihkan belakang rumah ni, tiba - tiba terlintas kejadian di pasar. Napa la tak buat dari dulu ye. Kalau nak pakai, boleh petik je belakang rumah. Dari pokok gaharu ni - lamanya ai, rasa da masuk fasa fedup da ni sebenarnya. Jadi da tiba masa nya aku beralih ke benda baru - belajar benda baru. Kali ni cuba usahakan sendiri. Kang ramai-ramai aku juga yang buat kena hadap sorang-sorang. Kali ni - LoneRanjer. OK! Lets Go!

Sumber : Movie The Lone Ranjer

Tunggu la ujung bulan tengok jadi ke tak rupanya. hahahaha


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Berjangkit

Kepingan Besi Ajaib