Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Rumah Sewa Melaka Tengah - Pangsapuri Pertam Jaya Idaman

Imej
Sambungan entri :    https://uphamsafar.blogspot.com/2019/08/blog-post.html Setelah dikupas - dibincangkan - dikupas semula dan terus dibincangkan sehingga titisan air liur yang terakhir, akhirnya dan sebelum yang terakhir kami putuskan rumah Pangsapuri Pertam Jaya Idaman akan dijadikan rumah sewa mulai Julai 2022.  (Entri yang telah di edit untuk kali ke-3 - 17 Julai 2022) Ruang Tamu Bilik Pertama  (tilam dan katil baru) Bilik Kedua (tilam dan katil baru) Bilik Ketiga Tandas Bilik Pertama (Kongsi/Untuk bilik Pertama) Tandas Luar (Kongsi) Dapur Lain - Lain Gambar Pangsapuri Pertam Jaya Idaman Tingkat 1, 3 bilik dan 2 bilik air Harga Sewa : Rm850 Sebulan Deposit : 2 Bulan(Rm1700) + Bulan Pertama(RM800)+ Utiliti(Rm50) Untuk Maklumat Lanjut sila hubungi 0196411986(safar) . Terima Kasih ☆Kawasan rumah berdekatan: ♧Jalan ke arah melaka raya, Dataran Pahlawan dan Aeon Melaka. ♧10 minit ke Hospital Melaka/Masjid Al-Azim ♧berdekatan dengan petrol pump, Petronas & Petron

Napi Masak Asam - Pasar Besar Bachang

Imej
Macam bulan-bulan sebelumnya dan macam bulan-bulan yang akan datang, dalam sebulan mesti ada 2 atau 3 kali ke pasar, menemani mak aku untuk membeli barangan dapur - Pasar Besar Bachang, berhadapan Kipmart Bachang, dulunya Pasar Besar ini lokasinya di Melaka Sentral tapi diarahkan berpindah ke sini, katanya untuk memberi laluan kerja baikpulih dan naik taraf bangunan yang mengalami kerosakan. Gambar : Mak bersama ikan-ikan kesayangannya Selain perasaan cemas semasa mencari parking kerana hendak bergegas mencari bilik air - (perut ni salu bikin hal masa-masa pagi tau) - sarapan dengan makanan yang dijual disini juga boleh tahan menyelerakan. Banyak kedai makanan. Ikut tekak masing-masing - senyum dan duduk saja di depan kedai yang anda suka. Yang famesnya di sini adalah Nasi Gunting. tapi untuk aku, mmmm - masih belum mahu cuba pula. Gambar : keadaan di tempat makan Pasar Besar Bachang, Melaka Aku? aku pilih kedai ini - mesti singgah bila aku ke pasar bersama mak - N

Melaka River Fun Run 2019

Imej
Assalamualaikum kepada semua orang Melaka dan peminat Fun Run!!! Jom sertai beramai-ramai  Melaka River Fun Run 2019 anjuran   Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat) Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada  23 November 2019 , bermula pada jam  7:00 pagi  di  Wisma SMV, Melaka Sentral@Sungai Melaka.  Hanya 500 peserta sahaja diperlukan. Jarak larian 5km dan yuran pendaftaran RM50 dan RM30(pelajar). Peserta akan mendapat: Baju Bib Number Medal Air Mineral Goodies Beg Cabutan Bertuah Run kit boleh diambil pada 22 November 2019 (Jumaat) jam 10:00pagi hingga 5:00 petang di Taman Rempah Melaka (Jetty River Cruise ) Tarikh tutup penyertaan : 4 November 2019  Daftar pada link ini :  https://forms.gle/ xiuocAD6sw6cYpDv7

Kepingan Besi Ajaib

Imej
September - iaitu bulan yang telah dipilih oleh "penjaga" untuk menyerahkan kesemua kepingan  besi  ajaib kepada pemilik-pemiliknya. Pemilik yang telah dipilih sejak azali lagi - besi yang ditempa khas dari si tukang besi yang berkulit kuning bersisik, berdahi luas, bertocang panjang dibelakang dan bermuka bengis (ibarat seekor naga yang sedang menghembuskan kepulan asap hitam dari hidungnya atau seekor nyamuk raksasa yang bersedia untuk menghisap darah manusia). Kepingan-kepingan besi itu ditiup dengan semangat-semangat yang akan mewujudkan 1001 cerita dalam kehidupan pemilik-pemiliknya pada masa akan datang. Inilah kepingan-kepingan besi ajaib yang telah sekian lama dinanti-nantikan oleh manusia dibumi - membolehkan membuka sebuah pintu istana comel di bumi, istana comel yang tidak bersentuhan dengan tanah. Di Bumi Bunyi cicipan-cicipan burung berdansa bersama cahaya kegembiraan jelas terpancar dari setiap pemilik istana comel ini - ibarat terbitnya matahari pada wa