Kepingan Besi Ajaib

September - iaitu bulan yang telah dipilih oleh "penjaga" untuk menyerahkan kesemua kepingan besi ajaib kepada pemilik-pemiliknya. Pemilik yang telah dipilih sejak azali lagi - besi yang ditempa khas dari si tukang besi yang berkulit kuning bersisik, berdahi luas, bertocang panjang dibelakang dan bermuka bengis (ibarat seekor naga yang sedang menghembuskan kepulan asap hitam dari hidungnya atau seekor nyamuk raksasa yang bersedia untuk menghisap darah manusia).

Kepingan-kepingan besi itu ditiup dengan semangat-semangat yang akan mewujudkan 1001 cerita dalam kehidupan pemilik-pemiliknya pada masa akan datang. Inilah kepingan-kepingan besi ajaib yang telah sekian lama dinanti-nantikan oleh manusia dibumi - membolehkan membuka sebuah pintu istana comel di bumi, istana comel yang tidak bersentuhan dengan tanah.


Di Bumi
Bunyi cicipan-cicipan burung berdansa bersama cahaya kegembiraan jelas terpancar dari setiap pemilik istana comel ini - ibarat terbitnya matahari pada waktu pagi semasa pemilik menerima kepingan besi ajaib - diserahkan melalui burung - burung merpati berwarna merah berjalur putih.


Manusia dibumi menamakan istana comel ini sebagai Pangsapuri Pertam Jaya Idaman.😄😄😄





Gambar : Kunci telah diserahkan. Homestay ke atau dijadikan rumah sewa? kasi pendapat korang sikit!!!!










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Berjangkit