Nasi Beriani Daging ke Ayam?


Nasi beriani daging ke ayam?  Soalan yang diulang semasa dalam perjalanan ke Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, lokasinya di Padang Temu, Taman Pertam Jaya, Untuk makluman korang, jarak antara restoran ini dan Pangsapuri Pertam Jaya Idaman tidak lebih 1KM tau. Sangat dekat - jalan kaki pun - tak sempat penat. Tapi untuk aku, aku pilih menaiki kenderaan la. Jimat kolestrol. 

Seingat saya, Restoran Nasi Beriani Haji Tamby ini telah beroperasi lebih dari 25 tahun kerana masa saya sekolah rendah setiap minggu ibu dan ayah akan bawa kami dua beradik bersarapan disini.

Nasi Beriani Haji Tamby
Gambar : Bunting Restoran Nasi Beriani Haji Tamby - 
rasa itu gambar pemilik restoran la kan?

Masa kami sampai - antara jam 2:30 hingga 3:00 petang, masa itu restoran sedang dipenuhi pelanggan. Hampir 10 minit juga kami tunggu untuk diambil pesanan. Berkat kesabaran akhirnya pesanan kami diambil oleh pemilik restoran ini (ikut gambar bunting), sungguh sopan dan manis dengan senyuman walaupun nampak riak wajah kepenatan dan pernafasan yang agak tidak tersusun - kerana sedang diasak oleh pelanggan, barangkali pelanggan dari luar Melaka.

Gambar : Masa ini pelanggan beransur kurang sebelum itu, sesak oi!


Jadi pilihan kami adalah nasi beriani daging dan nasi beriani ayam untuk anak-anak. Mujur tidak memesan seorang sepinggan kerana kuantiti nasi beriani yang diberikan boleh tahan banyaknya. Untuk anak-anak, boleh dibahagikan 3 pinggan untuk mereka dan terus membuatkan perut masing-masing bulat kecomelan - kekenyangan.

Gambar : Nasi Beriani Ayam Haji Tamby

Gambar : Nasi Beriani Daging Haji Tamby


Jemput makan - yang terliur, saya mohon maaf dan bolehlah korang cuba disini ye. Kepada pemilik Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik bersama keluarga, Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Berjangkit

Restoran Maju Enterprise Dawood