Catatan

Rumah Sewa Melaka Tengah - PANGSAPURI PERTAM JAYA IDAMAN

Imej
  Sambungan entri :    https://uphamsafar.blogspot.com/2019/08/blog-post.html Setelah dikupas - dibincangkan - dikupas semula dan terus dibincangkan sehingga titisan air liur yang terakhir, akhirnya dan sebelum yang terakhir kami putuskan rumah Pangsapuri Pertam Jaya Idaman akan dijadikan rumah sewa mulai Ogos 2022.  (Entri yang telah di edit untuk kali ke-3 - 17 Julai 2022) Ruang Tamu Bilik Pertama  (tilam dan katil baru) Bilik Kedua (tilam dan katil baru) Bilik Ketiga Tandas Bilik Pertama (Kongsi/Untuk bilik Pertama) Tandas Luar (Kongsi) Dapur Lain - Lain Gambar Pangsapuri Pertam Jaya Idaman Tingkat 1, 3 bilik dan 2 bilik air Harga Sewa : Rm750 Sebulan Deposit : 2 Bulan(Rm1500) + Bulan Pertama(RM750)+ Utiliti(Rm50) Untuk Maklumat Lanjut sila hubungi 0196411986(safar) . Terima Kasih ☆Kawasan rumah berdekatan: ♧Jalan ke arah melaka raya, Dataran Pahlawan dan Aeon Melaka. ♧10 minit ke Hospital Melaka/Masjid Al-Azim ♧berdekatan dengan petrol pump, Petronas & Petron ♧KFC Semabok ♧Sek

Baja : Perapi tanah eMas Chelleng

Imej
 Assalamualaikum semua, Dari entri lepas -  https://uphamsafar.blogspot.com/2020/08/berjangkit.html , aku ada bercerita pasal abang sepupu aku dan perapi tanah yang dia hasilkan.  Semalam dia ada "whatsapp" aku dengan memberi lampu hijau untuk mengiklankan produk tersebut - dengan gaya seorang lelaki budiman yang semulajadi, aku menjadi agent jualan kepada beliau. Baja atau perapi tersebut dinamakan sebagai Perapi Tanah eMas Chelleng. Mmm... chelleng yang aku tahu dalam bahasa phebian bermaksud hitam - waa... ada elemen-elemen bawean dalam nama produk. Boyanese foreva!!! "kalau free.. perapi tanah dah ada stok sekarang" "gerakkan sebagai agent jualan ye." Lantas aku "study" penerangan yang abang sepupu aku kongsikan, malam tu juga aku share di status whatsapps,facebook dan instagram. Perapi Tanah eMas Chelleng  Kandungan produk ini adalah daripada Tinja Ayam, Serkam padi, Kokopit, Molases dan Kapur - 100% organik dan patuhi syariah. Cara pengguna

Anak pokok yang dijual

Imej
Assalamualaikum, Entri semalam aku cerita mengenai anak-anak pokok yang aku sedang jual. Jadi kalau tak de gambar dikongsi macam tak seronok pula kan. Semua yang dibawah adalah anak-anak pokok yang telah/sedang dijual. Semua kelihatan kacak dan bergaya. Semua berada di melaka, stok masih ada lagi sedikit.    Anak Pokok Vanilla - Rm25.00 Anak Pokok Gaharu - Rm 25.00 (AQUILARIA SUBINTEGRA &  AQUILARIA MALACCENSIS) Anak Pokok Durian IOI - Rm40.00 Anak Pokok Durian Musang King - Rm45.00 Kalian boleh menghubungi saya jika berminat - 0196411986 untuk maklumat lanjut. Sekian Terima Kasih

Berjangkit

Secara tidak langsung, "Benda Baru", yang aku tumpu menjadi kerja sambilan yang mendatangkan duit tambahan. Semangat yang dulu penah ada muncul semula. Masa ni akal bergasak menghasilkan idea untuk menjayakan impian. Walaupun bukan rancangan besar tapi ia cukup memadai untuk merealisasikan cita-cita akan datang. "Eh! ko datang la tempat aku - bawak la daun kunyit lima ringgit, daun limau purut rm5, serai beberapa ikat semua tu, kita kira lump sum lah" "Kita cuba pelihara ikan talapia merah nak par" Ini semua dari perbualan dengan kawan-kawan sekolah aku. Masa ni terus hati aku terbuka untuk meniaga semula. Da alang-alang tengah cucuk tanam, Selain untuk kegunaan sendiri - daun jadi tunai - Alhamdulilah. Dom bukak cerita pasal Pokok Vanilla yang dia semai masa berborak dipagar antara belakang dan tepi rumah masing-masing-dua minggu lepas.  "Ni produk terbaru aku par, Hah! par kau cuba la promotekan, Nanti aku kasi ko gaji" Esoknya terus aku buat a

Benda Baru II

Imej
Assalamualaikum, Nak cerita pasal benda baru yang tengah  layan ni. Sebenarnya idea ni terbit bila asyik kene pegi pasar masa PKP tempoh hari. Ye la, kan boleh tanam sendiri, bila nak pakai - petik je. Gitueww~~ Jadi, aku pun beralih ke tanaman. Ruang ada, kenapa tak gunakan sebaik mungkin kan? untuk kegunaan keluarga juga. Percubaan pertama aku cuba semai cili hidup merah-ni pertama kali semai-semai ni. Jadi aku pun ikut langkah-langkah penyemaian benih, semua aku rujuk dari google dan youtube. Senang sangat dapat rujukan. Untuk bulan yang pertama semua kelihatan baik-baik sahaja.  Sebelum ni bukan tak penah bercucuk tanam pun, tapi paham-paham la, kerjaan aku memang separuh jalan je, haahaha. kali ni niat untuk kegunaan keluarga ataupun kalau dapat menjana pendapatan pun baik juga kan? Apa orang kata tu, "Hobi jadi pendapatan sampingan." tapi tu lama lagi la gamaknya. banyak benda kene belajar, yang paling penting aku rasa sifat sabar tu kene tebal dalam diri ni kot..hahaha

Benda baru

Imej
Assalamualaikum semua, Nak cita sikit masa tempoh PKP - PKPB dan sekarang PKPP, macam - macam juga aktiviti dilakukan untuk hilangkan bosan. Yang utamanya, kerja pembersihan kawasan rumah. Memang tu je la tugasan yang perlu dilaksanakan. ha, ke pasar - ke jusco - ke sana - ke sini - beli barang keperluan sampai terbeli salah barang... eh! macam-macam la hal kalau pegi beli barang sorang-sorang ni - pegi pasar beli barang pun salah - sekali barang sama juga aku beli, memang suspen je la masuk rumah masa tu.  Masa tempoh Perintah Kawalan tempoh hari, dapat juga la mengecat rumah, walaupun sama - separuh jalan. Dulu sampai ke sekarang, kalau mengecat mesti separuh jalan, tapi yang penting, rumah tak urban ke modern ke hipster ke - tak nampak daun kering bersepah pun da nampak kemas untuk aku, ok la tu kan. Untuk mata sendiri, sedap mata sendiri memandang, Tak ada la nak menyibuk perhatikan rumah orang lain pula. Kah! - Daun kering dapat dibersihkan, hari - hari syok bakar daun kering, sam

Port Dickson - Percutian yang tidak dijangka

Imej
"Minggu ni korang ada pegi mana-mana tak?" kakak hantar pesanan ringkas didalam group whatsapps- macam biasa, penghuninya cuma kami bertiga.  Biasa kalau terima pesanan ringkas begini, jelmaan kakak sebagai pari-pari selalu muncul di depan mata - bertongkat ditangan - mempunyai sayap dibelakang, mesti ada sesuatu yang best nanti.  Lebih-lebih lagi bila kakak cuma jawab : "Nanti lah akak beritahu, tengah servay tempat dulu" . = = = = = Seperti yang dijangka, kakak ajak kami semua bercuti ke Port Dickson, bertahun juga tidak menjejakkan kaki ke sana.  Esok(dua hari sebelum) dengan larian keriangan, melompat-lompat seperti di atas bulan(slow motion) - aku terus tukar tayar baru - sebab lain juga memang sudah tiba masa pun untuk tukar. Kali ini, aku memilih untuk memandu kapal terbang angkasa antik versi Star Wars(kalau duduk dalam, lajunya tak, tapi pening je lebih). - nampak kan sama? - - yang ini - aku... Kah!!! - _____